INSAF DAN SEDAR akan tanggungjawab untuk mewakili anak muda Malaysia didalam Parlimen Belia nanti sekiranya terpilih, dan mengambil kira kehendak, keperluan dan harapan belia untuk dibawa ke Parlimen Belia, MAKA KAMI INSPIRE menyatakan azam kami untuk mewakili hasrat dan harapan anak muda Malaysia melalui Lima Perkara Utama perjuangan INSPIRE yang kami namakan sebagai 5 Harapan Belia.
HARAPAN 1: MERAPATKAN JURANG EKONOMI & KEBAJIKAN BELIA
A) KOS SARA HIDUP
Antara perkara yang mencengkam dan menekan sekelian anak muda tanpa mengira lapisan umur ialah kos sara hidup. Kami menghargai usaha yang telah diambil pihak kerajaan didalam membantu meringankan beban rakyat didalam menangani kos sara hidup. Namun usaha yang lebih proaktif hendaklah diambil oleh kerajaan didalam menangani isu ini.

PERUMAHAN
Tempat tinggal merupakan salah satu hak asasi setiap manusia. Isu perumahan dengan kos yang terlalu tinggi menyebabkan anak muda tak mampu untuk memiliki rumah sendiri. Kami akan menyuarakan harapan belia didalam isu ini dengan;
i. Mencadangkan dan mengesyorkan kerajaan untuk menambah rumah transit bagi belia dan meluaskan rumah transit ke bandar-bandar utama di seluruh negara;
ii. Menimbang kembali syarat am untuk memohon rumah transit dengan membenarkan belia yang masih belum berkahwin untuk memohon;
iii. Mengadakan satu mekanisme bagi mendesak pihak bank memberi kelonggaran kepada belia untuk membuat pinjaman bagi membiayai pembelian rumah;
iv. Memberi sokongan penuh kepada program Skim Perumahan Belia dan memohon pembinaan rumah dibawah skim ini dipercepatkan.; dan
v. Mewujudkan Skim Simpanan Perumahan khusus untuk belia.

KEBAJIKAN MAHASISWA
a) Mengkaji semula penggunaan dan kebolehgunaan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia. Ini termasuklah memberi nilai tambah kepada Kad Bantuan Siswa 1 Malaysia antara lain diskaun bagi pengangkutan awam, dan menggalakkan penyertaan lebih syarikat swasta didalam memberi bantuan diskaun melalui KADS1M kepada mahasiswa.
b) Memohon Kementerian Pendidikan dan Universiti-Universiti untukmenimbangkan semula penempatan mahasiswa dengan mengambil kira pendapatan kasar keluarga.
c) Mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan rumah transit khusus untuk mahasiswa terutamanya bagi menampung keperluan mahasiswa di institusi pengajian tinggi swasta.

B) EKONOMI
Kami akan terus menyokong usaha kerajaan untuk menggalakkan keusahawanan dan keusahawanan sosial. Peruntukan yang besar didalam menyokong program berbentuk keusahawanan hendaklah disalurkan secara efisien dan dinikmati oleh semua belia secara maksimum. Kami akan menyuarakan harapan belia didalam isu ini dengan;
i. Memohon kerajaan memperkasakan inisiatif dalam mempromosikan keusahawanan sosial di kalangan belia.
ii. Memohon langkah yang lebih proaktif untuk menggalakan belia melibatkan diri didalam keusahawanan termasuklah perniagaan secara maya (E-Commerce)
iii. Mengesyorkan kerajaan mengambil langkah yang lebih proaktif untuk mendekati para belia bagi mempromosikan program-program dan latihan keusahawanan yang disediakan kerajaan.

HARAPAN 2: PENDIDIKAN BERKUALITI
Pendidikan adalah kunci dan penentu masa hadapan negara. Pendidikan yang berkualiti, dan holistik untuk anak muda adalah pelaburan bagi negara. Bagi memastikan pendidikan menjadi teras didalam pembangunan anak muda di Malaysia, Kami akan menyuarakan harapan belia didalam isu ini dengan;

A) SEKOLAH MENENGAH
i. Mewajibkan implimentasi Ujian Minat Kerjaya untuk mengenalpasti lebih awal minat pelajar di sekolah menengah dan memandu minat pelajar tersebut.
ii. Fokus yang lebih didalam subjek sedia ada untuk keusahawanan dengan memberi penekanan bukan sahaja secara pembacaan bahkan amali.

B) UNIVERSITI
i. Menimbangkan semula syarat kemasukan IPTA dengan penetapan tahap minimum paras Band 2 untuk Pengajian Sastera dan Sains Sosial, Band 3 untuk Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, dan Band 4 untuk Undang-Undang dan Perubatan. Namun menyokong syarat penetapan wajib untuk pengijazahan.
Menimbang semula untuk pemansuhan yuran MUET untuk pengambilan pertama namun dengan bayaran yang munasabah untuk pengambilan seterusnya.

C) JURANG DIGITAL
Jurang digital dikurangkan dengan meluaskan jaringan lebar ke seluruh negara dan harga untuk internet hendaklah dikaji semula bagi memastikan semua rakyat berpeluang untuk menikmatinya.

HARAPAN 3: PEMBANGUNAN KERJAYA
Kadar pengangguran dan pembangunan kerjaya belia hendaklah diberi fokus dengan lebih teliti bagi memastikan produktiviti serta ekonomi negara mampu tumbuh dengan pesat dan berkembang. Manakala bagi pihak belia pula, pembangunan dari segi kerjaya penting untuk peningkatan didalam taraf hidup seharian dan mobiliti sosial. Kami akan menyuarakan harapan belia didalam isu ini dengan;
A. Mengesyorkan kerajaan untuk mengambil langkah yang lebih proaktif didalam memperkenalkan skim-skim latihan sumber manusia yang telah sedia ada khususnya dibawah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (Human Resources Development Fund);
B. Memperkasakan dan menambahbaik Skim Latihan Dual Negara (SLDN) dan memberi inisiatif yang lebih kepada syarikat swasta untuk menarik minta mereka menyertai program SLDN;
C. Mewujudkan program Perintis ,‘Apprenticeship’ di semua Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) bagi mengatasi pengangguran dan melatih belia berkepakaran; dan
D. Melihat kesan kepada perlaksanaan Akta Persaraan Minimum iaitu persaraan pada umur 60 tahun dan kesan kepada belia didalam sektor pekerjaan dan mobiliti sosial.

HARAPAN 4: PEMBANGUNAN SOSIAL DAN PERPADUAN BELIA
A. PERPADUAN NASIONAL
Semangat perpaduan nasional hendaklah dipupuk sejak dari sekolah lagi dan kesedaran mengenai perpaduan nasional hendaklah dilaksanakan tanpa mengira masa dan had umur. Kami akan menyuarakan harapan belia didalam isu ini dengan;
Menyokong sepenuhnya kewujudan dan menyeru kerajaan untuk menambah Sekolah Wawasan dan menambah baik Sekolah Wawasan yang sudah sedia ada.

B. PEMBANGUNAN SOSIAL
Pembangunan dari sudut material dan lahiriah hendaklah disertakan bersama pembangunan akhlak dan sosial. Kesukarelaan hendaklah disemai didalam diri setiap belia. Kerajaan hendaklah mengambil kira harapan belia ini dengan:
i. Memperkasakan Briged Sukarelawan Khidmat Negara dengan memasukkan program Rakan Muda dan Anugerah Remaja Perdana.
ii. Mengadakan satu insentif kepada sektor swasta didalam membenarkan penglibatan pekerja didalam kesukarelaan selain daripada program tanggungjawab sosial syarikat berkenaan.
iii. Mewujudkan satu insentif selain daripada potongan cukai kepada pihak swasta yang melibatkan diri secara aktif didalam pembangunan belia.

HARAPAN 5: PENGLIBATAN BELIA DIDALAM MEMBUAT KEPUTUSAN
Kerajaan diminta bukan sahaja meminta pandangan dan idea anak muda, malah kerajaan lebih proaktif didalam melibatkan anak muda didalam proses pembuatan dasar dan keputusan. Belia harus diberi peluang untuk bersama-sama didalam membuat keputusan dari semua peringkat masyarakat. Kami akan menyuarakan harapan belia didalam isu ini dengan;
A) Mewujudkan Dewan Undangan Negeri Belia di setiap negeri di Malaysia.
B) Melantik wakil belia diwujudkan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara.
C) Mewujudkan Felo sepertimana Felo Perdana di peringkat negeri.